Ahad, 12 Julai 2015

HOMESTAY KUALA SEPETANG 2

Homestay ini terletak kira-kira 200 meter dari homestay 1 di Kg Menteri Kuala Sepetang.Memiliki rumah yang selesa besar dan dekoration yang cantik dengan sebuah gazibo terletak di luar homestay.
Antara homestay yang ada di sini, homestay ini adalah yang terbaik sesuai dengan harga rm250 untuk 1 malam,serta dilengkapi wifi.Boleh memuatkan 3 sekeluarga pada satu-satu masa.






Ahad, 12 April 2015

PELAJAR UniKL MFI MENGINAP DI HOMESTAY KUALA SEPETANG

LAWATAN 3 HARI 2 MALAM KE KUALA SEPETANG

Menerima kunjungan pelajar UniKL menginap di homestay ini dan 2 lagi homstay berdekatan selama 2 malam pada 10hb Apr hingga 12hb Apr 2015.Semua aktiviti dan masa lawatan sudah di atur bagi memudahkan urusan rombongan pelajar ini.Wan,ketua pelajar yang menguruskan pelajar untuk melakukan aktiviti CSR.gotong-royong serta program alam sekitar dibawa kendalian saya serta KSET(Kuala Sepetang Eco Tourism)

 Bagi program lawatan sambil belajar dan program alam sekitar Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang.Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan kepada tetamu yang datang.
            Kami telah mengatur jadual atau tentatif  lawatan dengan melantik seorang Guide untuk membawa rombongan sepanjang lawatan di sini.Pakej yang disediakan termasuk:
 -Makan dan minum
-Penginapan
-Tour Guide
-Bot Pelancong
-Dewan dan cafe
-Sound System dan projector dan lain-lain

                Kami juga menerapkan nilai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi serta penerangan yang mendalam tentang hutan bakau oleh pengawas hutan dari Jabatan Hutan Kuala Sepetang





Sabtu, 23 Ogos 2014

HOMESTAY KUALA SEPETANG TERIMA KUNJUNGAN RTM

Rancangan Joguh Joran RTM menginap di homestay ini sepanjang pengambaran Separuh Akhir Juara Joran di Kuala Sepetang termasuk Dannay dan semua krew yang terlibat.Peserta sedang siapkan persalatan untuk turun ke laut dalam.

 Bersama tuan rumah Pak Hashim yang sponsor makan mee udang banjir.