Menerima kunjungan pelajar UniKL menginap di homestay ini dan 2 lagi homstay berdekatan selama 2 malam pada 10hb Apr hingga 12hb Apr 2015.Semua aktiviti dan masa lawatan sudah di atur bagi memudahkan urusan rombongan pelajar ini.Wan,ketua pelajar yang menguruskan pelajar untuk melakukan aktiviti CSR.gotong-royong serta program alam sekitar dibawa kendalian saya serta KSET(Kuala Sepetang Eco Tourism)
Bagi program lawatan sambil belajar dan program alam sekitar Hutan Paya Laut Matang Kuala Sepetang.Banyak rombongan datang selepas tamat peperiksaan dan kami terpaksa menambah staf bagi melancarkan program lawatan dan bersedia memberi penerangan kepada tetamu yang datang.
Kami telah mengatur jadual atau tentatif lawatan dengan melantik seorang Guide untuk
membawa rombongan sepanjang lawatan di sini.Pakej yang disediakan termasuk:
-Makan dan minum
-Penginapan
-Tour
Guide
-Bot
Pelancong
-Dewan
dan cafe
-Sound
System dan projector dan lain-lain
Kami juga menerapkan
nilai-nilai murni dalam penjagaan alam sekitar serta pendidikan dalam
menghijaukan bumi.Banyak rombongan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi
serta penerangan yang mendalam tentang hutan bakau oleh pengawas hutan dari
Jabatan Hutan Kuala Sepetang





Tiada ulasan:
Catat Ulasan